PISMP RBT A AMBILAN JAN 2011
-FITRI, SYUKRI, ADAM, SHAMSYUL-
Sunday 30 September 2012
MODEL ASSURE
MODEL ASSURE
Model ASSURE
(Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model
ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model
ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam
model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
A - Analyse learners (Analisis pelajar).
S - State learning objectives (Nyatakan objektif
pembelajaran).
S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah,
media dan bahan ).
U - Utilise media and materials (Gunakan media dan
bahan).
R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar
dalam pembelajaran ).
E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Langkah 1 :
Analisis pelajar
Model ASSURE
bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi
tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan
media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar
dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan,
sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat
pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat
maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Media yang
digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat
3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri
pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri.
Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan
tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media
yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya
dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b
terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.
Langkah 2:
Nyatakan objektif
Objektif
pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada
perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap
baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif
topik ini ialah pelajar dapat:
1)
Memahami pengelasan mikroorganisma.
2)
Mengetahui pelbagai jenis
mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.
Langkah 3:
Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses
pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
1)
Memilih kaedah
Dalam satu
pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik
perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang
baru.
2)
Memilih media
Pemilihan
media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara
faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara
bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer
multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan
pelajar.
3)
Memilih bahan
Bahan
sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.
Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.
Langkah 4:
Gunakan media dan bahan
Penggunaan
media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses
pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku
teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah
dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar.
Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan
pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para
pelajar.
Langkah 5:
Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan
proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran
seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas
pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada
kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui
internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada
pelajar.
Langkah 6 :
Penilaian / semak semula bahan
Penilaian
ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah
program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran,
dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat
pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan
media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan
kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan
penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang
dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga,
iaitu
·
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria
(penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
·
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
·
Sikap.
Pelajar akan
dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu
pelajar juga menjawab soalan struktur.
Kesimpulan:
Berdasarkan
model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Wednesday 26 September 2012
Rancangan Pengajaran Harian Alatan Tangan Berdasarkan Model Assure
Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran :
Kemahiran Hidup
Kelas :
5 amanah
Tarikh :
20 september 2012
Masa :
9.00 – 10.00 pagi
Bilangan murid :
24 orang
Topik/Tajuk :
Reka Bentuk dan Teknologi
Sub Topik :
Mengenal pasti alatan tangan
Kemahiran : Murid dapat mengenalpasti
jenis-jenis alatan tangan di bengkel serta kegunaannya.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat jenis-jenis
alatan tangan dan belajar cara menggunakan alatan tangan
dengan betul.
Hasil Pembelajaran :
Di akhir pengajaran murid dapat:
§
Mengenalpasti jenis-jenis alatan tangan.
§ Mengetahui setiap fungsi alatan tangan.
§ Menjana kemahiran menggunakan alatan tangan.
Nilai-nilai
Murni :
Kerjasama
Kemahiran Berfikir :
Membuat pilihan,
membuat pertimbangan
Bahan Bantu Mengajar :
Video, Penukul kuku kambing, Pemutar Skru, ganding kayu, playar gabung, gergaji tangan
dan sesiku L.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Catatan
|
Set Induksi
(5 minit)
|
Pengenalan kepada alatan tangan dengan guru bercerita
mengenai satu situasi penggunaan alatan tangan.
Guru bertanya pengetahuan sedia ada murid.
|
1.
Guru menggunakan teknik bercerita. Guru memberi kebebasan untuk murid menceritakan
kefahaman mereka.
3.
Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini:
Pengenalan alatan tangan.
|
Model
Assure :
A- Analyse
learner ( analisis murid )
|
Langkah 1
(15 minit)
|
Memperkenalkan alatan tangan dengan teknik penceritaan.
|
1.
Murid menonton tayangan video mengenai jenis-jenis alatan tangan dan
memahami fungsi-fungsi setiap alatan.
|
BBM:
Pemain video
Kemahiran Berfikir:
Mengkelaskan fungsi mengikut jenis alatan.
Model
Assure :
S-
state objective
(
menyatakan objektif ) ;
|
Langkah 2
(15 minit)
|
Guru menyusun alatan tangan di atas meja dan menyatakan
nama setiap alatan tangan.
Guru menunjukkan cara menggunakan alatan
|
1.
Murid melihat tunjuk cara bagaimana guru menggunakan tukul kuku kambing
untuk mengetuk paku. Guru menunjukkan cara penggunaan alatan tangan lain.
|
BBM:
Tukul kuku kambing, sesiku L, ganding kayu, playar
gabung, gergaji tangan dan pemutar skru.
Kemahiran berfikir:
Menyatukan idea-idea
Nilai-nilai Murni:
Kerjasama
Model Assure :
S- pilih kaedah, media dan bahan.
U- guna media dan bahan.
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Murid membentuk beberapa kumpulan kecil. Setiap
kumpulan diberi alatan tangan untuk menggunakannya.
|
1.
Murid memanipulasi alatan tangan. Murid memaku kayu
menggunakan penukul dan memotong kayu menggunakan gergaji tangan. Murid
menguji ketepatan kayu menggunakan sesiku L.
|
BBM:
Gergaji tangan, tukul kuku kambing, paku dan sesiku L
Nilai-nilai Murni:
Kerjasama, berusaha.
Model Assure :
R- require learner participation.
( mendorong penglibatan murid ).
|
Penilaian
(5 minit)
|
i)
Pemerhatian lisan
ii)
|
3.
Guru menilai hasil pakuan dan pemotongan yang telah dijalankan oleh
murid. Aspek yang dinilai adalah kekemasan.
|
Kemahiran berfikir:
Membuat pertimbangan.
Model Assure :
E- Evaluate and Revise
( nilai semak ).
|
Penutup
(5 minit)
|
Rumusan
i)
|
1.
Murid diminta menyatakan jenis-jenis alatan yang dipelajari.
Guru menyatakan ringkasan pengenai tajuk pembelajaran.
|
Kemahiran berfikir :
Menyata pendapat, kelemahan dan
kekurangan.
|
kata-kata aluan
Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang menjadi pengikut blog kami ini.......
Kami disini ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang kami pelajari.....
Diharap apa yang ditunjukkan berguna kepada rakan-rakan sekalian.......
Subscribe to:
Posts (Atom)