MODEL ASSURE
Model ASSURE
(Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk
pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara
sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model
ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang menggunaan media. Model ini berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah.
Model
ASSURE bermaksud mempastikan pembelajaran berlaku. Dalam
model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:
A - Analyse learners (Analisis pelajar).
S - State learning objectives (Nyatakan objektif
pembelajaran).
S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah,
media dan bahan ).
U - Utilise media and materials (Gunakan media dan
bahan).
R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar
dalam pembelajaran ).
E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).
Langkah 1 :
Analisis pelajar
Model ASSURE
bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi
tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang
dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan
media. Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar
dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan,
sikap dan latar belakang pelajar.
Peringkat
pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang
tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat diperolehi daripada ujian
kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Pelajar pernah mendapat
maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.
Media yang
digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran,
kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat
3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu: penggunaan sesuatu media
dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri
pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri.
Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan
tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media
yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil
pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya
dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b
terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India.
Langkah 2:
Nyatakan objektif
Objektif
pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada
perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat
berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap
baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada
apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif
topik ini ialah pelajar dapat:
1)
Memahami pengelasan mikroorganisma.
2)
Mengetahui pelbagai jenis
mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.
Langkah 3:
Pilih kaedah, media dan bahan
Dalam proses
pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai.
Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:
1)
Memilih kaedah
Dalam satu
pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi,
pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik
perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah
perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang
baru.
2)
Memilih media
Pemilihan
media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara
faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara
bermakna. Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer
multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan
pelajar.
3)
Memilih bahan
Bahan
sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran.
Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.
Langkah 4:
Gunakan media dan bahan
Penggunaan
media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses
pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku
teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah
dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar.
Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan
pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para
pelajar.
Langkah 5:
Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
Untuk mempastikan
proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran
seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan
sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas
pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada
kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui
internet. Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada
pelajar.
Langkah 6 :
Penilaian / semak semula bahan
Penilaian
ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun
program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah
program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran,
dan pencapaian murid mengikut keperluan.
Setelah tamat
pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan
media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan
kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian
ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan
penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang
dinilai. Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga,
iaitu
·
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria
(penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)
·
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.
·
Sikap.
Pelajar akan
dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu
pelajar juga menjawab soalan struktur.
Kesimpulan:
Berdasarkan
model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat
memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara
optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
No comments:
Post a Comment