Sunday 30 September 2012

klip video alatan tangan

ini merupakan klip video yang mengandungi isi pelajaran pengenalan alatan tangan....diharapkan agar klip video ini dapat membantu anda dalam pelajaran......sekian terima kasih...

MODEL ASSURE


MODEL ASSURE

Model ASSURE (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model ini digubal oleh Heinich dan rakan-rakan (1982). Model ini bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunaan media.  Model ini berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah.

 Model ASSURE bermaksud mempastikan  pembelajaran berlaku.  Dalam model ini terdapat enam langkah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1:

A - Analyse learners (Analisis pelajar).

S - State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

S - Select methods, media and materials (Pilih kaedah, media dan bahan ).

U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan).

R - Require learner participation ( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran ).

E – Evaluate / Review (Penilaian / semak semula bahan).

 

Langkah 1 : Analisis pelajar

Model ASSURE bermula dengan analisis pelajar. Ciri-ciri umum pelajar termasuklah deskripsi tentang umur pelajar, tingkatan, latarbelakang dan sebagainya. Maklumat yang dinyatakan di atas boleh dijadikan asas dalam pemilihan media.  Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.

Peringkat pertama berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.  Maklumat diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.  Pelajar pernah mendapat maklumat daripada buku rujukan dan mendapat pendedahan melalui majalah dan TV.

Media yang digunakan perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar, kandungan pelajaran, kaedah, media dan bahan pembelajaran. Untuk menganalisis ciri pelajar, terdapat 3 perkara penting yang perlu dilihat iaitu:  penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada pelajar itu sendiri. Perkara-perkara berikut harus dijadikan pertimbangan guru iaitu perkembangan tahap kognitif dan fizikal pelajar yang akan diajar. Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan. Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan. Pelajar tingkatan 5b terdiri daripada kaum Melayu, Cina, dan India. 

 

Langkah 2: Nyatakan objektif

Objektif pembelajaran perlu dinyatakan dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar. Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. Objektif topik ini ialah pelajar dapat:

1)       Memahami pengelasan mikroorganisma.

2)       Mengetahui pelbagai jenis mikroorganisma daripada segi rupa bentuk dan saiz.

 

Langkah 3: Pilih kaedah, media dan bahan

Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai media, guru perlu berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat 3 perkara yang perlu dilakukan dalam langkah ini:

1)       Memilih kaedah

Dalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

2)       Memilih media

       Pemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.  Media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia.  Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

 

 

 

3)       Memilih bahan

               Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah buku teks Sains tingkatan 5, nota, dan buku latihan.

 

Langkah 4: Gunakan media dan bahan

Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan.  Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran pelajar. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman pelajar, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para pelajar. 

 

Langkah 5: Penglibatan pelajar dalam pembelajaran

Untuk mempastikan proses pembelajaran berlaku, pelajar perlu terlibat dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya. Pengukuhan serta merta perlu diberikan atas tindak balas pelajar yang betul. Dalam topik pengajaran ini, pelajar dibahagikan kepada kumpulan untuk mencari rupa bentuk mikroorganisma melalui internet.  Selepas itu latihan struktur juga diberikan kepada pelajar.

 

Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan

Penilaian ialah proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat terhadap sesebuah program atau kursus, kesusuaian penggunaan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan.

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.  Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.  Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitu

 

·         Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan)

·         Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.

·         Sikap.

Pelajar akan dinilai dengan soalan betul/salah untuk melihat pemahaman mereka. Selain itu pelajar juga menjawab soalan struktur.

 

Kesimpulan:

 Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Wednesday 26 September 2012

Ini merupakan wajah-wajah pelopor blog ini....sekian...terima kasih....haha

Rancangan Pengajaran Harian Alatan Tangan Berdasarkan Model Assure


Rancangan Pengajaran Harian

 

Mata pelajaran                      : Kemahiran Hidup

Kelas                                      : 5 amanah

Tarikh                                     : 20 september 2012

Masa                                      : 9.00 – 10.00 pagi

Bilangan murid                    : 24 orang

Topik/Tajuk                            : Reka Bentuk dan Teknologi

Sub Topik                              : Mengenal pasti alatan tangan

Kemahiran                            : Murid dapat mengenalpasti jenis-jenis alatan tangan di bengkel serta kegunaannya.

 

Pengetahuan Sedia Ada               : Murid pernah melihat jenis-jenis alatan tangan dan belajar cara  menggunakan alatan tangan

  dengan betul.

Hasil Pembelajaran             : Di akhir pengajaran murid dapat:

§   Mengenalpasti jenis-jenis alatan tangan.

§   Mengetahui setiap fungsi alatan tangan.

§   Menjana kemahiran menggunakan alatan tangan.

Nilai-nilai Murni                   : Kerjasama

Kemahiran Berfikir              : Membuat pilihan, membuat pertimbangan

 

Bahan Bantu Mengajar      : Video, Penukul kuku kambing, Pemutar Skru, ganding kayu,  playar gabung, gergaji tangan

  dan sesiku L.

 

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
 
Set Induksi
(5 minit)
 
Pengenalan kepada alatan tangan dengan guru bercerita mengenai satu situasi penggunaan alatan tangan.
Guru bertanya pengetahuan sedia ada murid.
1.    
       Guru menggunakan teknik bercerita. Guru memberi kebebasan untuk murid menceritakan kefahaman mereka.
3.    
       Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini:
Pengenalan alatan tangan.
 
Model Assure :
A- Analyse learner ( analisis murid )
 
Langkah 1 
(15 minit)
 
Memperkenalkan alatan tangan dengan teknik penceritaan.
1.  
       Murid menonton tayangan video mengenai jenis-jenis alatan tangan dan memahami fungsi-fungsi setiap alatan.
 
BBM:
Pemain video
 
Kemahiran Berfikir:
Mengkelaskan fungsi mengikut jenis alatan.
 
 
 
Model Assure :
S- state objective
( menyatakan objektif ) ;
 
Langkah 2
(15 minit)
 
Guru menyusun alatan tangan di atas meja dan menyatakan nama setiap alatan tangan.
Guru menunjukkan cara menggunakan alatan
1.   
       Murid melihat tunjuk cara bagaimana guru menggunakan tukul kuku kambing untuk mengetuk paku. Guru menunjukkan cara penggunaan alatan tangan lain.
 
BBM:
Tukul kuku kambing, sesiku L, ganding kayu, playar gabung, gergaji tangan dan pemutar skru.
 
Kemahiran berfikir:
Menyatukan idea-idea
 
Nilai-nilai Murni:
Kerjasama
 
Model Assure :
S- pilih kaedah, media dan bahan.
U- guna media dan bahan.
 
Langkah 3
(15 minit)
 
Murid membentuk beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberi alatan tangan untuk menggunakannya.
1.   
Murid memanipulasi alatan tangan. Murid memaku kayu menggunakan penukul dan memotong kayu menggunakan gergaji tangan. Murid menguji ketepatan kayu menggunakan sesiku L.
 
BBM:
Gergaji tangan, tukul kuku kambing, paku dan sesiku L
 
Nilai-nilai Murni:
Kerjasama, berusaha.
Model Assure :
 
R- require learner participation.
( mendorong penglibatan murid ).
 
Penilaian
(5 minit)
i)       
           Pemerhatian lisan
ii)   
3.   
       Guru menilai hasil pakuan dan pemotongan yang telah dijalankan oleh murid. Aspek yang dinilai adalah kekemasan.
 
Kemahiran berfikir:
Membuat pertimbangan.
 
Model Assure :
E- Evaluate and Revise
 ( nilai semak ).
 
 
Penutup
(5 minit)
 
Rumusan
i)    
1.  
      Murid diminta menyatakan jenis-jenis alatan yang dipelajari. Guru menyatakan ringkasan pengenai tajuk pembelajaran.
 
Kemahiran berfikir :
Menyata pendapat, kelemahan dan kekurangan.

 

kata-kata aluan

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang menjadi pengikut blog kami ini.......

Kami disini ingin berkongsi dengan anda semua tentang apa yang kami pelajari.....

Diharap apa yang ditunjukkan berguna kepada rakan-rakan sekalian.......